PROGRAM CASE STUDY COMPETITION IN ISLAMIC BANKING AND FINANCE

Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan, 22 Jun 2023, sebanyak 121 kumpulan pelajar yang terdiri daripada para pelajar Tahun 2 & Tahun 3 daripada program perbankan dan kewangan islam, telah berjaya mengikuti program Case Study Competition in Islamic Banking and Finance anjuran Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama daripada sekurangnya 3 wakil industri telah berjaya diadakan yang bertujuan memberi pendedahan ilmu kepada pelajar. Komitmen dan semangat pelajar sangat dibanggakan selama program ini berlangsung. Melalui program ini, ia mampu membentuk penguasaan ilmu dalam kalangan pelajar universiti dan mengoptimumkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PnP) melalui penghasilan tugasan kajian kes yang terbaik terutamanya dalam perbankan dan kewangan islam. Seterusnya juga memberi galakan kepada pelajar dalam penguasaan ilmu secara praktikal bersama wakil industri.